I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 14 June 2011

novel aku yang tak sempat nak siap kan


                 Harga sebuah persahabatan..
    Sinar mentari senja petang memancar menusuk ke kalbu mata sehinga pandangan Mira seketika tidak seberapa jelas .Mira yang ingin mencari ketenangan di tepi pantai sambil menghirup udara segar sementara tangannya sedang menjinjing sepasang kasut kegemarannya iaitu buatan ‘GUESS’ yang dihayun kehadapan dan kebelakang ,sementara kakinya yang tidak berkasut, berjalan di persisiran pantai. Udara petang yang mengasyikkan menyebabkan Mira tidak sedar akan matahari senja semakin tenggelam ke dasarnya.

            Tiba-tiba tanpa disedari lagu ‘SEBELUM CAHAYA’ kedengaran di dalam poket seluar kepunyaan Mira dan mengejutkan lamunannya itu. Mira mencari-cari di mana bunyi itu,rupa-rupanya handphonenya berbunyi dan Mira terus mengeluarkannya dan terus menjawab panggilan tersebut .

       “Hello;assalamualaikum….,Elly ke tu?” tanya Mira kepada si pemanggil .
       
       “Waalaikummusalam, Mira nie Elly la . Tak kan dah tak kenal kot…..yelah orang duduk jauhkan ,susah nak jumpa…. Kali terakhir kita jumpa pun, masa lepas SPM arie tue,” kata Elly seolah-olah merajuk

       “Ala! Jangan la merajuk. Aku busy la sejak akhir-akhir nie,” kata Mira cuba memujuk,kerana dia tahu

       “ Hmm… Aku tau, saje je nak sakat ko. Hari tu  Suzi dah cakap dekat aku yang ko busy,” kata Elly dengan nada manja.

        Amira hanya ketawa apabila mendengar penjelasan Elly sebentar tadi. Mereka berdua bersembang sambil Amira berjalan di persisiran pantai Pulau Perhentian. Selepas menamatkan panggilannya dengan Elly, Amira meneruskan perjalanannya tanpa menyedari ada seseorang sedang memerhatikan dirinya dari jauh. Permandangan yang indah di hadapannya telah menbuatkan Mira ralit.

        Kenangan bersama rakan-rakan sebelum berakhirnya SPM menyesakkan kepala Mira. Pelbagai kenangan pahit dan manis yang mereka lalui bersama. Bagi Mira kenangan tesebut telah mengajar mira erti sebenar persahabatan. Selepas 5 tahun mereka bersama akhirnya mereka berpisah jua.

      Selain Elly, Mira mempunyai 7 orang sahabat lagi. Mereka adalah Suzi, Fattin, ,Atikah, Haryana, Fetty, dan Amalina. Persahabatan mereka semua telah berjaya menubuhkan sebuah kumpulan iaitu ‘SAFE ZAF”.  Walaupun tidak dikenali ramai, mereka tetap meneruskan segala aktiviti yang ingin mereka jalankan.                                                                                                                          

       Mungkin bagi orang lain persahabatan mereka ini tidak akan berkekalan lama tetapi Mira dan rakan-rakan telah berjanji akan meneruskan persahabatan mereka walaupun pelbagai dugaan yang terpaksa mereka tempuhi selepas ini. Tambahan pula mereka masing-masing tinggal berjauhan . Itu merupakan cabaran yang paling besar yang terpaksa mereka hadapi.

    Amira teringat kepada mesej yang dihantar oleh Atikah selepas peperiksaan SPM berakhir.

Kat SMKKL kita jumpa,,
Kat SMKKL kita ketawa,
Kat SMMKL kita berduka,
Kat SMKKL kita telah menjadi kawan,
Kat SMKKL kita lepak sama-sama,
Kat SMKKL kita makan sama-sama,
Kat SMKKL kita berjuang bersama-sama untuk berjaya…
Semuanya di SMKKL,
Di SMKKL juga kita berpisah..
Berpisah dimata,tapi bukan berpisah dihati
Sebab kita dah berjanji
SEKALI KAWAN,SELAMANYA KITA KAWAN…
Itu janji kita…

     Amira cuba mengimbas kembali kenangan ketika mereka semua baru berjumpa sehinggalah kehri dimana mereka semua berpisah . Segalanya amat manis untuk dikenang dan pahit untuk dibuang.

***********************************************************************************
  “Assalamualaikum,Fetty ko dekat mana? Aku kat sekolah dah nie,” tanya Amalina apabila panggilannya disambut oleh Fatimatul.

      “Waalaikumsalam….aku kat sekolah nie. Aku dekat depan asrama , Ko datanglah sini,” kata Fatimatul sambil ketawa apabila mendengar suara temannya itu.

     Amalina terus berlalu menuju kearah asrama selepas meminta kebenaran kedua ibu bapanya. Dia melambaikan tangan apabila melihat Fatimatul yang sedang tersenyum dan disamping Fatimatul adalah Izzati.Dia mempercepatkan langkahnya untuk sampai kepada kedua temannya itu.

      “Korang dah lama ke sampai?” tanya Amalina kepada Fatimatul dan Izzati

      “Aku dah lama dah sampai,Fetty nie baru je sampai.Masa ko call tadi,dia baru je sampai sini,”kata Izzati menjawab bagi pihak dirinya dan Fatimatul.

      Amalina hanya menganggukkan kepala apabila mendengar penjelasan Izzati sebentar tadi semetara matanya ralit melihat pelajar tingkatan 1 yang sedang menguruskan pendaftaran mereka. Apabila melihat gelagat para pelajar tingkatan 1,ia mengingatkan Amalina tentang gelagat mereka ketika berada di tingkatan 1.

    “Macam kita dulukan,Ama,”kata Fatimatul apabila menyedari bertapa ralitnya Amalina melihat gelagat pelajar tingkatan 1.

   “Tak sangkakan,dah hampir lima tahun kita sekolah dekat sini,”kata Amalina sambil melempar senyuman kepada Fatimatul.

    “Emm… tak sangka kita bertahan selama ini dekat SMKKL kan,”kata Fatimatul  sambil melihat pelbagai keletah yang mencuit hati.

    “Eh! Tue Elly,Fattin,Mira ngan Suzi lah,” kata Amalina sambil melambaikan tangan kepada mereka semua.

     Fatimatul dan Izzati memandang kearah yang ditunjukkan oleh Amalina. Mereka turut melambaikan tangan kepada Fattin,Halimatul,Amira dan Suziliana. Masing-masing gembira berjumpa semula selepas sebulan bercuti.

       Mereka semua masuk keasrama apabila mendengar pengumuman daripada ketua asrama . Masing-masing mengambil barang mereka dan masuk ke asrama. Pengalaman selama hampir lima tahun diasrama menyebabkan mereka arif tentang selok- belok asrama.


      AZAN yang berkumandang menandakan sudah masuk waktu Maghrib. Kelihatan para pelajar berpusu-pusu menuju ke surau begitu juga Amalina, Fatimatul, Fattin, Halimatul, Suziliana ,Amira dan Izzati.. Selepas mengerjakan solat maghrib,mereka semua mendengar ceramah daripada ketua asrama iaitu Cikgu Hisham.

      Selepas solat isyak,pelajar asrama puteri berkumpul di dewan makan manakala pelajar asrama putera berkumpul di kantin. Mereka semua melakukan aktiviti masing-masing kerana tiada kerja sekolah yang perlu dilakukan.

    Di meja hujung dewan makan kelihatan,Fatimatul dan rakan-rakan sedang rancak berborak. Atikah dan Haryana juga kelihatan bersama mereka.

    “ Macam mana cuti korang hari tu,best tak?”tanya Halimatul kepada kawan-kawannya  yang lain dengan wajah yang teruja ingin mendengar cerita teman-temannya itu.

    “Cuti aku biasa je,cume tahun nie bapak aku bawak balik kampung ,” kata Amalina dengan nada mendatar tanda tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan ketika bercuti.

    “ Aku lagilah tak pegi mana-mana kampung aku dekat sini je.” kata Fattin sambil tersenyum melihat gelagat Amalina sebentar tadi.


     “Yang ko sibuk tanya orang ,ko pegi mana cuti nie Elly?” tanya Atikah apabila melihat Halimatul asyik bertanya dari tadi.

     Halimatul hanya mampu tersenyum apabila mendengar soalan Atikah sebentar tadi. Masing-masing memandang Halimatul apabila mendengar soalan yang ditujukan kepadanya.

       “Aku tak pergi mana pun,duduk rumah je membesarkan badan,”jawab Halimatul bersahaja sambil mengangkat keningnya sebelah.

      “Badan ko boleh besar ke Elly? Aku tengok dari dulu sampai sekarang sama je,” sindir Amalina apabila mendengar kata-kata Halimatul sebentar tadi.

      Mereka semua ketawa apabila mendengar kata-kata Amalina itu. Ketika mereka sedang asyik berborak,tiba-tiba Amalina merasakan getaran yang datang dari poket baju kurungnya menandakan ada panggilan

    “Hello,abang call balik nanti,sayang dekat dewan makan nie,”kata Amalina kepada si pemanggil.

    Selepas meletakkan handphonenya semula ke dalam poket Amalina melihat kearah kawan-kawannya apabila merasakan dirinya diperhatikan.

    “Amboi-amboi,dah rindu sangat ke cik abang ko tu Ama,” perli Suziliana sambil memandang Fatimatul dan melemparkan senyuman nakal.

     “Ntah la dia tu,kadang-kadang call,kadang-kadang tak call. Jangankan call,mesej pun jarang,”kata Amalina dengan suara yang sayu.

      “Sabar jelah Ama,dah nasib ko nak dapat pakwe macam Syah tue,”kata Fatimatul sambil memegang belakang temannya itu.

     Terbit rasa kasihan di hati Suziliana terhadap apa yang terjadi kepada Amalina. Dia juga merasa bersalah kerana memperkenalkan Syah kepada Amalina. Baginya ,Syah tidak sepatutnya membuat Amalina jadi begini.

No comments:

Post a Comment